Tentang Robotys

PAGE

robotys_face

Robotys adalah persona dalam talian milik Izwan Wahab.

Izwan Wahab adalah pembangun laman web berasaskan teknologi terbuka. Mahir dalam mengurus dan membangunkan projek laman web bagi organisasi kecil dan sederhana. Pengkhususan dalam pembangunan sistem yang holistik merangkumi desain yang mencapai objektif pelanggan dan sistem yang berfungsi dengan efektif.

Selain aktif membangunkan laman web, Izwan Wahab juga aktif dalam menyampaikan seminar dalam topik pembangunan laman web dan aplikasi teknologi IT dalam organisasi. Izwan Wahab juga adalah trainer diiktiraf Altfa Training Center dan juga Waiz Training Center untuk topik pembangunan aplikasi dalam talian berasaskan PHP dan juga topik CodeIgniter sebagai framework pembangunan laman web.

Telah bergerak sebagai seorang pembangun laman web bebas selama 8 tahun. Antaranya pernah mengusahakan 3 buah syarikat kecil dalam bidang IT dan teknologi. Kini menguruskan pembangunan sistem pengurusan berasaskan web syarikat buku terbesar di Malaysia. Pembaca tegar buku-buku bisnes dan juga penulis separuh masa topik pembangunan IT dan juga bisnes kecil.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab