Teknik Mudah Brainstorm Nama Projek Debabom

BISNES + PENULISAN

Nama projek boleh jadi nama pakej, produk ataupun syarikat. Nama adalah pertama yang paling penting untuk kita fikirkan dan beri masa untuk ia berkembang dengan baik. Hanya satu pengecualian untuk nama yang tidak fantastik: pemilik ada banyak duit untuk marketing dan advertising.

Ya, dengan nama yang fantastik kita boleh menjimat banyak duit. Kita tidak perlu branding exercise yang besar.

Bayangkan kasut Nike yang pertama dijual, apa yang membuatkan orang membelinya? Nama Nike itu tiada pertalian dengan sukan mahupun menceritakan kelebihan produk. Orang terpinga-pinga cuba mencantumkan nama Nike tersebut dengan perkara yang ada dalam minda mereka, tetapi tiada.

Oleh kerana itu jenama seperti Nike membelanjakan jutaan ringgit untuk melekatkan diminda pengguna bahawa Nike itu adalah kasut sukan yang terbaik dan bergaya.

Untuk rakyat marhaen seperti kita yang modal pengiklanan pada peringkat permulaan ini adalah ZERO, lebih untung jika kita ambil masa untuk memikirkan nama yang debabom.

Baca nama produk di bawah dan tangkap apakah yang berada dalam minda kita:

  • FlowerHorn
  • WideShawl
  • BawalRuffle
  • SMSDrip
  • SAURUS
  • RedBull

Kemungkinan besar apa yang terlintas dalam minda kita adalah:

  • FlowerHorn: Cantik
  • WideShawl: Besar
  • BawalRuffle: Rambu-ramba
  • SMSDrip: SMS yang menitis
  • SAURUS: Dinasour, Besar, Gagah
  • RedBull: Pantas, Kuat dan Marah

Jika bukan abaikan.

Apa yang ingin saya tunjuk adalah dalam semua nama-nama tersebut, perkara yang terlintas diminda kita adalah kata sifat. Ya, KATA SIFAT. Nama yang mudah untuk kenalpasti adalah nama yang menghasilkan imej sifat dalam minda kita.

Maka semasa kita memilih dan memikirkan nama, fikirkan dahulu apakah sifat yang kita mahu orang nampak pada nama tersebut.

Paling penting: pilih SATU sahaja sifat yang ingin ditonjolkan. JANGAN LEBIH. Kalau lebih namanya membunuh diri sendiri.

Itu untuk memudahkan orang mengenalpasti, tetapi belum tentu orang ingat.

Nama yang mudah untuk diingati adalah nama yang menjentik emosi kita. Ya, nama yang ada komponen emosi lebih mudah diingati. Malah kajian menunjukkan 80% wanita yang ditunjukkan senarai perkataan yang selari dengan keadaan emosional lebih mudah mengingatinya.

Jadi, masukkan komponen emosi dalam nama anda. Kemudian exaggerate komponen emosi tadi.

Contohnya: Produk Kopi yang membangkitkan rasa nostalgia –> Kopi ‘Rasa Nostalgia’ –> Kopi Old Town –> Kopi Opah

Produknya adalah Kopi dan sifatnya adalah ‘rasa nostalgia’. Setelah dibesar-besarkan jadilah Kopi Opah

Contoh lain: Produk SMS yang setiap hari meningkatkan ‘tabung budi’ pada pelanggan –> SMS Sedikit-demi-sedikit –> SMS Air Menitis –> SMSDrip

Nama seharusnya pendek dan mudah disebut dan diingati.

MUDAH DISEBUT + MUDAH DIINGATI

Penting kerana kita tidak mahu rakan pelanggan kita keliru apabila dia cuba menyebut nama produk/projek kita. Rugi besar!

Siaran Ulangan:

Teknik Mudah Dapat Nama =

1- Pilih Produk (Kopi) 2- Pilih Emosi (Membangkitkan Rasa Nostalgia) 3- Exaggerate Emosi –> Kaitkan Emosi dengan benda/orang/tempat (Opah) 4- Cantumkan (Kopi Opah)

Itulah teknik yang saya gunakan semasa brainstorm nama projek atau produk dengan pantas.

Bagaimana nak tahu nama tersebut sedap atau tidak?

Sebut nama tersebut pada rakan atau bakal pelanggan, jika mereka terus faham produk dan teruja, maka nama tersebut sudah lulus untuk digunakan.

Sekian,

ps: Selepas ini banyak lagi artikel ringkas tetap berguna yang akan muncul. Salah satunya adalah ‘1 Cara Mudah Lawan Perang Harga Yang Bukan Menurunkan Harga’ … Itu working title, maka maafkan tajuk yang entah apa-apa itu. Boleh subscribe pada borang di bawah dan sistem akan mengingatkan tuan-tuan dan cikpuan cantik jelita sekalian apabila ada artikel baru telah terbit di blog yang tidak seberapa ini. :)

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab