Setup Update Automatik WordPress

ARTICLE + IT

Ehem, setelah bertungkus lumus hari ini, maka siap sudah setup semula wordpress ini dengan lebih selamat dan juga ada automatik update.

Isunya adalah wordpress ini di host di VPS, maka segala-galanya perlu dibuat manual. Sebelum ini, tidak berjaya install FTP, maka tidak bolehlah setup wordpress automatik update.

Mengapa? Sebab ianya perlukan akaun FTP!

Jadi, setelah jenuh layan google, berjaya akhirnya setup FTP dengan mengikuti tutorial daripada GoDaddy.

Namun, masih tak berjaya. Kerana ada masalah dengan permission fail dan directory. Oleh kerana sudah tidak tahu mana satu file permission yang betul, saya tukarkan semua kepada default seperti dalam artikel smashingmagazine, iaitu semua file ialah 644 dan semua directory ialah 755.

Tidak sukar pun, just copy and paste command 2 berikut di terminal:

sudo find . -type f -exec chmod 644 {} +
sudo find . -type d -exec chmod 755 {} +

Siap! Ops, belum lagi. Masih tidak boleh. Ada error apa entah. Rupa-rupanya kita perlu mengubahsuai wp-config.php untuk memaksa update sistem secara direct. tambah code berikut dalam fail wp-config:

define('FS_METHOD', 'direct');

Click semula button update, dan segalanya berjalan lancar!

Alhamdulillah!

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab