Sebelum Mula Berniaga Daripada Makan Gaji

ARTICLE + BISNES

Apakah yang perlu kita lakukan sebelum kita transform daripada makan gaji kepada berniaga?

Ya, ramai antara kita (jangan nafikan, memang ramai) yang dalam mindanya sudah jelak dengan kerja di ofis. Mungkin kerana sudah burnt-out, atau konflik di tempat kerja yang membuatkan kita rasa sangat menyampah mahu pergi kerja. Maka antara yang terlintas dalam kepala adalah mahu mula berniaga.

Menggantikan pendapatan makan gaji dengan berniaga adalah satu risiko yang besar. Lebih besar lagi apabila kita sudah sedia ada komitmen. Percayalah, sebelum kita lihat rakan kita yang berniaga itu hidup senang, mereka terlebih dahulu telah jatuh, terhenyak dan bersusah payah. Itu memang jalan untuk menjadi senang dalam berniaga.

Namun ini tidak bermaksud kita perlu padamkan sahaja niat berniaga. Bukan.

Ini bermaksud kita perlukan perancangan dan disiplin dalam merealisasikan rancangan kita mahu berniaga itu.

Berikut adalah perbualan saya dengan seorang rakan, yang ingin mencari jalan cara memulakan perniagaan daripada makan gaji.

Moga ada manfaatnya untuk kita semua.

_____________________________________________________

Kawan: Salam robot

Izwan: Salam adek. :D

Kawan: Wah wah.. Btw seriously bagus la abam ni haha

Izwan: ape bagusnyeee? hahaha

Kawan: Effort kau ni la hehe. Btw, aku nak tanye opinion ringkas kau la. Nak consult abam ni hihi

Izwan: tadahal, shoot me… :grin::grin::grin:

Kawan: Ok, kau tahu aku kerja lab kan. The challenge is, aku sort of ‘mentally bored’. Macam robot plak aku rasa. Bukan macam kau. Hehe.. Tapi macam dah too routine

Izwan: Itu standard bro, kerja macam kita nih. Aku hari2 mengadap coding ni pun dah jadi macam routine

Kawan: So aku try nak get out & push myself. Honestly aku beritahu kau aku slalu follow kau & grup puan ainon.

Izwan: oh, maksud kau get out & push yourself? berhenti kerja dan try meniaga?

Kawan: Which stimulates & gives a lot of new perspective.

Izwan: kau dah jelak sangatkah kerja di lab tu? hahaha

Kawan: Haha, agak laaa

Izwan: hehehe. same here. Cuma aku still can have fun kat sini, tu yang keep me going. Aku share plan aku, kot-kot sama ngan plan kau:

Build online biz, monthly RM10K revenue with RM3K gaji diri sendiri. Kemudian baru fikir stop kerja makan gaji.

siang kerja office + sales online (auto, kata online…) malam pack order and esok paginya pos

Itu yang aku plan.

kau weekend kerja jugakkah ?

Kawan: Weekend jarang. Even kerja pun aku banyak let go bagi pada org

Izwan: peh, tuh tahap jelak sangat tu. hahaha. ada pegi mana-mana workshop online bisnes?

Kawan: Blom lagi… Memang jelak hahaha. Tapi bidang aku ni limited.. Bab super teknikal je.. Adui. So aku nak learn something new.. Workshop online aku tak de pegi lagi..

Izwan: haa, memang pun kena learn something new. Aku pun takdak idea nak jual skill super teknikal kau tu. Hahaha.

Kawan: Haha. Tahu takpe.. Org kata share experiences, ebook ka, write something ka, Tapi aku nak write apa super teknikal aku tu? hahaha

Izwan: these people bagus untuk orang baru nak mula: Faisal Abdullah (Simple Tapi Power, MB2000, BOM) dan Bukhari Ramli (Tawaran Meleleh, Kalkulator Bisnes) dan Mohd Reza (Adwords for Bisnes). Itu 3 orang yang aku percaya untuk guide orang baru nak mula meniaga online

Kawan: Haa.. Mb2000 aku baru subscribe. BR aku follow jugak..

Izwan: hah, then follow je yang tu dulu. Aku pun nak start guna teknik MB2000. Kau beli Firesale banjir hari tu ke?

Kawan: Kau tahu tak tahap boring aku di lab tu aku jual powerbank pada officemate kikiki

Izwan: Hahaha

Kawan: Saja test market macammana

Izwan: dah berapa tahun kau di lab tu? 4?

Kawan: 7 bro..

Izwan: peh, memang patut la pun. pekerja mahir ni 4-5 tahun je boleh tahan di satu tempat. Lebih dari tu memang burn-out

Kawan: Dan haritu, aku taktau la right decision-kah tak. Aku register this new project under fazreen the vocket tu. The vocket apprentice. Aku ni takdak la genius bab2 social media. Tapi learning things & perhaps doing something new keeps me sane agaknyaaa.

Izwan: takdanya right or wrong. Asalkan kita buat something dan risikonya terkawal, maka ok ja. Daripada tak buat apa-apa atau gung-ho atas risiko yang besar, itu bahaya.

Orang jadi kaya bukan sebab amik risiko besar, maka untung besar. Tapi amik risiko terkawal, maka ada untung. Ulang banyak kali maka jadilah kaya.

Kes kau ni is kau tak nak boring. Tak satisfied. Maka plan elok2, sampai ada income stabil, baru fikir nak berhenti.

Dah beli rumah? Kereta?

Kawan: Kereta lama dah.. Rumah in process

Izwan: Then, sebelum berhenti kerja, pastikan dah ada beli rumah. Senang beli rumah masa makan gaji. Dah mula berniaga nanti leceh nak beli rumah.

Kawan: Hmm.. Bab satisfaction tu nampaknya betul la robot..

Izwan: Kalau aku jadi tempat kau, untuk sekarang ni aku keep pegi kerja macam biasa. Kerja macam biasa, tapi wiken dan malam start something meniaga online. Belajar benda baru dari depan laptop

Kawan: Aku rasa sangat constricted di lab.. Tak berkembang..

Izwan: follow teknik MB2000 tu, memang banyak menda boleh buat

Kawan: Balik2 ngadap lab instrument & buat report statistics di excel. Adus

Izwan: hahaha

Kawan: Excel bebbb

Izwan: excel tu templatkah apa? ada cara kira? kalau ada, senang aku buat programming dia. takdelah jelak sangat mengadap excel. hahaha

Kawan: Dah ada cara kira.. Siap formula bagai

Izwan: Aku boleh je buat something macam: isi form di browser dan terus boleh download excel… nak lagi best, kau pegi carik tutorial buat programming tu. Haaa, baru best. Takdalah boring. Hahaha.

Kawan: Haha.. Betul.. Ye la kot

Izwan: kau try je buat kerja kau tapi cara baru, yang lebih efektif. Salah satu sebab mengapa aku terjun bidang programming: sebab programming boleh memudahkan semua jenis kerja atas mukabumi ni. Thus, skill yang very marketable. Tapi by itself, ia takda value. Programming mesti berkawan dengan expertise, baru berguna

Kawan: Betul tu.. Aku rasa macam nak buat something photography.. Kau tahu la kan.. Tapi aku rasa macam dah termiss the boat..

Izwan: Photography sekarang dah saturated. Bukan tak boleh masuk, boleh je. Tapi game dia dah tak sama.

Kawan: Tapi plan nak keluar dpd bidang ni masih ada.. Cumakah mana & macam mana tu aku sikit tak pasti..

Izwan: itu, kau pastikan dulu kemudian baru kita boleh brainstorm taktiknya. Hahaha

Kawan: Haa.. Tahu takpe..

Izwan: kau pastikan nakkah arah mana, macam mana nak sampai tu kita bole diskas. Aku nakkah arah ecommerce. Jual baju macam Zalora. Follow taktik MB2000 sikit, taktik Bukhari sikit. Yangg penting, mau kasi jalan

Kawan: Maybe betul macam kau cakap tu.. Weekend & malam belajar something new online. Kena buat la ni kannnn haha

Izwan:Kah mana pun arah tuju kau nanti, pastikan ada element ‘online’. Sebab orang makin ramai beli online, atau discover kau melalui online. Memang tak boleh abaikan online dah. Tahun ni sahaja banyak company slash budget marketing, then bakinya nak fokus pada marketing online. Kayalah diorang yang buat training FB ads dan Adwords.
Kawan: Memang fokus online lah ni.. Kena start dgn mb2000 dulu ni

Izwan: habiskan study/follow mb2000 dulu. Kita try sama-sama

Kawan: Tapi satu je la.. Aku teringat post fb kau pasal kenapa ramai orang like post fb tapi takdak komen pun.. Aku pun like tapi tak komen.. Satu nye sbb nya ada sikit takut la bang haha. Camna ni haha. Tengok orang petah menulis ni aku jadi nerbes la robot

Izwan: Takut tu memang ada. Aku pun ada benda yang aku takut jugak. Tapi satu benda yang aku sedar: rasa takut tu sebenarnya dalam hati kita ja. Kita sangka buruk macam-macam pada orang yang kita nak sembang tu. Sangka dia nanti marah kita lah, cemuh kita lah, kutuk belakang kitalah

Thus, cara nak lawan balik: sangka baik pada diorang. Diorang memang ikhlas nak sembang. Diorang seronok nak tunjuk ajar kita. Sebab memang itu kenyataan pun.

Skill menuliskah hapakah akan improve sendiri. Just start somewhere. Lama-lama improve la

Aku dah 5 tahun menulis bang oi. Dah 10 tahun kenal dengan Puan Ainon. Tapi skill menulis aku baru sebulan dua ni improve banyak. Dalam 5 tahun sudah tu macam-macam hal bantutkan skill. Padahal belajar dengan Puan Ainon direct, belajar dengan Zamri direct.

Tu yang aku selalu cakap pada orang yang dekat dengan aku: Aku ni bukannya pandai. Cuma aku ni persistent. Aku buat sampai aku dapat.

Biarlah makan tahun pun. Just stick to it, focus and consistent.

Sebab tu jugak aku tak boleh buat banyak menda serentak. Aku akan fokus pada satu-satu perkara sampai siap, kemudian baru buat menda lain

Tahun sebelum ni belajar cara nak sedut skill daripada orang lain. Tahun sebelumnya belajar cara nak belajar daripada buku/bahan bacaan. Tahun ni belajar cara nak jual 10 000 helai baju sebulan secara online.

Lain orang lain kelebihan dan kekurangan. Kenal dulu kelebihan diri dan kekurangan diri, then susun strategy ikut kelebihan kita dan elakkan kelemahan kita

Kawan: Persistent. Focus & consistent. Something yang boleh aku belajar ni robot. Thanks robot. Dan aku kena kenal lagi kelebihan diri, kekurangan diri

Izwan: Itu kelebihan aku. Lain orang lain kelebihan. Nak kena discoverlah. Macam Puan Ainon, kelebihan dia ialah dia boleh fikir Teknik daripada Strategi. Macam Dato’ Roslan, ada aura kepimpinan yang hebat. Macam isteri aku, dia memang pandai belajar dan susun kerja.

Lain orang lain benda yang dia pandai.

Cara nak tahu kelebihan diri: Cari apa perkara yang susah pada orang lain, tapi senang pada kau. Dari situ boleh trace kenapa jadi senang pada kau: itulah kelebihan diri kau.

Kawan: So far sifat empati aku yg aku tahu kuat haha.. Dan senang nak handle orang. Tapi lebih pada pesakit la kot hehe.. Yg lain, maybe aku kena explore renung2kan lagi..

Izwan: Empathy kau kuat? TERBAIK

Kalau empathy kau kuat, kau senang nak buat sales, atau improve proses sales.

Salesman yang hebat2 memang terbukti datang dari orang yang empathy dia kuat.

Sales tu maksud aku copywriting

Orang yang ada empathy yang kuat je yang boleh faham apa yang bermain dalam kepala hotak customer masa diorang tengah baca copywriting tu.

Pergi baca pasal Human Bias dan Customer Psychology

Kalau benda tu ‘click’ dengan kau, then proceed deeper on that 3 topic: Copywriting + 21 Human Bias + Customer Psychology

Aqif Azizan, Bukhari Ramli dan Faisal Abdullah tu semua orang yang empathy tinggi, boleh faham apa yang ada dalam kepala kita masa sembang dengan diorang. Memang power.

Kawan: Owh.. Macam tu kaitan empathy dgn copywriting ni rupanya. Maybe something yang boleh aku cuba & tengok macam mana progress dia.

Abam robot busy ni. Sorry la robot, kacau kau hehe.. Tapi sesi ‘mini brainwash’ ni bagi idea & seriously, thanks for the tips & advice di waktu pagi ni. Hehe.

Izwan: Hahaha, orait! Next time roger lagi. :)

_________________________________________________________________

 

Itulah chat kami. Ya, saya memang sudi terima sesiapa sahaja yang berminat nak berkongsi perancangan ataupun cabaran. Ia salah satu cara saya ‘give back to society’ setelah banyak menerima ilmu dan skill daripada mentor-mentor dan guru-guru saya.

Sudilah berkongsi di ruangan komen di bawah.

Jika segan nak public, boleh sahaja PM saya di Facebook: Izwan Robotys

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab