Ringkasan Nota Leadership

ARTICLE + BISNES

Leadership adalah kemahiran penting untuk bisnes fasa berkembang. Inilah satu-satunya alat kerja yang ada pada fasa ini. Alat kerja yang paling berimpak tinggi kepada bisnes yang sedang berkembang.

Mengapa begitu?

Kerana bisnes yang berkembang adalah bisnes yang sedang menambah jumlah stafnya. Semakin pantas ia tambah staf semakin ‘culture’ syarikat tersebut berisiko untuk hancur berderai.

Ahli pasukan dalam organisasi kita bekerja dengan licin adalah kerana mereka masing-masing mempunyai culture yang serupa.

Menguruskan ‘culture’ syarikat inilah perkara fokus pemimpin syarikat pada fasa berkembang. Jaga culture = syarikat berjaya berkembang.

Dan jika dilihat dalam perenggan di atas, kita katakan bahawa leadership ini adalah ‘kemahiran’. Bermaksud ianya boleh dipelajari. Ianya boleh dijadikan sistem. Ianya adalah alat kerja.

Maka apakah gerak kerja leadership ini?

1. Gajikan mereka yang hebat
2. Jangan kacau mereka buat kerja

Nampak mudah bukan? Ya, dari pandangan besar ianya memang mudah. Namun 2 perkara itulah yang selalu pemimpin kita gagal lakukan.

Bukan kerana ketua tersebut tidak bijak atau kurang berusaha, tetapi kerana ianya satu perkara yang sangat besar!

Langkah pertama: Gajikan mereka yang hebat. Ini adalah kunci kepada segala-galanya. Ada dua cabaran besar di sini:

1. Bagaimana mahu attract mereka yang hebat ini
2. Bagaimana mahu retain mereka yang hebat ini

Jadi, bagaimana?

Caranya adalah dengan syarikat kita memiliki ‘misi’ yang sama atau selari dengan bakat-bakat ini.

Itulah puncanya mengapa kebanyakan daripada kita tidak mampu berkembang: syarikat kita tiada ‘misi’ yang mampu menarik perhatian bakat-bakat mereka yang hebat ini.

Syarikat yang tiada misi tidak akan mampu menandingi syarikat yang mempunyai misi yang kukuh sebagai asas syarikat.

Contohnya, misi syarikat Google adalah “Untuk menyusun SEMUA MAKLUMAT DALAM DUNIA INI dan menjadikan semuanya mudah dicapai dan berguna”. Ianya satu misi yang besar dan hebat! Bakat-bakat yang hebat pastinya akan tertarik dengan misi ini.

Contoh lain, misi syarikat Amazon adalah “Untuk menjadi syarikat paling memfokus pada pelanggan atas mukabumi ini, di mana mereka mampu mendapatkan apa sahaja di Amazon.com”. Satu lagi misi yang besar dan hebat!

Memanglah patut kesemua mereka yang berbakat dan bernilai tinggi memilih syarikat ini sebagai pilihan utama mereka untuk memijak tangga-tangga karier mereka.

Contoh paling dekat di Malaysia adalah PTS. Misi PTS sebagai penerbit buku adalah “Demi Memandaikan Bangsa”. Misi yang ‘grand’ dan murni sekali! Maka tidak mustahil juga staf-staf PTS datang daripada mereka yang hebat-hebat belaka.

Yang ajaibnya apabila kita memiliki misi yang murni dan besar begini, kita bukan sahaja mampu ‘attract’ talent yang kita mahukan, tetapi juga mampu untuk ‘retain’ mereka ini.

Bakat-bakat yang bekerja dalam syarikat kerana misi yang murni dan besar itu pasti tidak mahu tinggalkan syarikat selagi misi tersebut tidak dicapai.

Maka, kita sebagai pemimpin syarikat, harus sentiasa menyemarakkan jiwa mereka dengan misi yang telah kita sama-sama tetapkan untuk kita kejar bersama-sama.

TETAPI, misi tersebut juga harus menjadi misi kita juga! Barulah usaha tersebut jadi asli dan benar.

Itulah konsep utama untuk perkara pertama dalam kemahiran leadership: Pegang misi yang murni dan besar untuk attract talent, dan sentiasa ingatkan mereka akan misi tersebut untuk retain mereka.

Perkara kedua amat mudah disebut, tetapi sukar betul dilakukan.

Ya, untuk tidak berbuat apa-apa dan melihat staf melakukan kerja mereka tanpa kita ganggu adalah perkara yang sangat sukar! Tetapi, hasilnya pasti berbaloi.

Lihatlah Puan Ainon yang berjaya memimpin PTS sehingga sekarang.

584b13604f9fb61c022d5d776158c37aSatu lagi perkara penting tentang kepimpinan: Ianya tidak boleh ‘fake’. Orang akan nampak jika misi tersebut kita tidak pegang betul-betul dalam darah dagin kita. Kita sendiri harus tunjuk yang kita akan buat segala-galanya demi misi kita. Jika tiada staf sekalipun, kita akan berusaha mencapai misi tersebut.

Pemimpin harus tunjukkan dahulu caranya, barulah staf boleh ikut dibelakang, dan bersama-sama menuju misi yang murni dan besar itu.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab