Penerangan Ringkas 9 Kotak Business Model Canvas

BISNES + NOTABISNES

Ini adalah tulisan ringkas (juga) tentang setiap kotak BMC. Pendek kata, ini yang saya gunakan sebagai panduan semasa menyiapkan setiap kotak BMC untuk kegunaan sendiri dan juga rakan-rakan yang minta bantuan.

(Well, PM sahaja saya di FB kalau ada soalan. Waktu lunch saya akan layan mana yang sempat)

  1. CUSTOMER SEGMENT ialah tentang siapakah Pelanggan Ideal yang kita sasarkan. Fokus pada sekumpulan orang yang sedikit dahulu. Boleh baca buku Tipping Point oleh Malcolm Gladwell untuk faham mengapa perlu fokus sekumpulan kecil orang penting sahaja jika kita mahu produk kita meletup. Pelik tetapi benar.

  2. VALUE PROPOSITION ada banyak cara. Saya pegang ini: Apakah yang Customer ‘dapat’ setelah gunakan produk kita. Fikirkan dari sudut emosi, dan sifat BUKAN BENDA. Contoh, beli tudung dapat ‘rasa cun dan anggun’. Beli Baju bayi dapat ‘jamin keselamatan anak’. Beli kosmetik untuk ‘hilang jerawat degil’. Cara ‘tipu’ untuk VP adalah buat slogan jenis ‘Kami adalah [brand yang dikenali] untuk [pasaran/produk baru]’. Contohnya: ‘Kami adalah UBER untuk Tukang Urut’. Contoh lain: ‘Kami adalah 7 Eleven tetapi untuk Kosmetik Sahaja’. Di mana Value-nya jika begitu? Value-nya ada pada BRAND tersebut.

  3. RELATIONSHIP ialah benda mengarut dalam BMC. Boleh je skip. Sekian….. Tapi, secara ringkas ianya adalah Panduan kepada ‘customer service’ kita tentang cara-cara berinteraksi dengan customer. Contohnya: “Macam kawan-kawan”, atau “Macam layan Datin”. Something like that, which is so obvious. Sebab itu saya kata mengarut. :)

  4. DELIVERY CHANNEL ialah lokasi tempat pembeli kita beli dan dapat produk kita. Biasanya adalah kedai. Istimewa bagi bisnes online, Delivery Channel mereka biasanya Pos Laju DAN Whatsapp. Sebabnya Pos Laju hantar barang, dan Whatsapp tempat pembeli BELI daripada kita. Ya, ia boleh jadi berbeza.

  5. REVENUE STREAM tidak perlu sentuh kot. Semua orang secara automatik memang pakar bab ‘nampak duit’ ini. :)

  6. KEY ACTIVITIES adalah semua perkara yang jika kita tidak buat dalam bisnes kita maka kita tidak akan dapat jual produk. Biasanya ialah: Dapatkan/buat produk, pasukan jualan, marketing, iklan dan lain-lain.

  7. KEY RESOURSE adalah semua BENDA yang jika ia tiada dalam bisnes kita maka kita tidak akan dapat jual produk. Contohnya: Bahan Mentah, Mesin, Lori penghantaran, Pekerja Mahir dan lain-lain.

  8. KEY PARTNERS adalah semua rakan kongsi yang jika mereka tiada dalam bisnes kita maka kita tidak akan dapat jual produk. Paling mudah ialah lihat semula pada Key Resource dan Key Activies dan fikir adakah perkara-perkara tersebut kita perlu dapatkan daripada consultant, supplier, mentor atau vendor? Jika ya maka mereka adalah KEY PARTNERS.

  9. COST STRUCTURE pun semua orang pandai dan tahu. Cuma nasihat saya: berhati-hati dengan hidden cost. Setiap bisnes ada hidden cost, sebab itulah bukan semua orang boleh hidup dalam bisnes tersebut. Ini jugalah motivasi utama saya buat ebook/video Cost Per Sale (CPS). Itu cerita lain la tapi. :)

Itulah secara ringkas untuk setiap kotak. Setelah tahu, dan setelah cuba buat BMC, kita akan tahu dan sedar sebenarnya memenuhkan kotak BMC tidak sukar. Cukup dengna imaginasi liar dan tidak terbatas dah boleh penuh dah kotak BMC.

Yang payah adalah nak penuhkan kotak BMC dengan perincian yang telah di validate dan berfungsi dengan lancar.

Itu cabarannya yang sebenar.

Semoga berjaya.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab