Menambah Nilai Pada Produk Dengan Cerita

UMUM

Hari ini dalam sejarah, saya sangat berpuas hati dan inpired ‘selepas’ beli notebook kosong. Semuanya sebab ‘story’.

Lepas makan tengah hari, saya dengan beraninya buat aktiviti paling merbahaya bagi diri saya: masuk kedai buku. Bahaya sebab memang akan keluar dengan sesuatu. Duit mesti mengalir keluar punya kalau masuk kedai buku.

Namun, saya masuk dengan yakin yang hari ini saya ‘kebal’ daripada membeli apa-apa. Sebabnya saya pergi SELEPAS saya makan tengah hari. Kata pakar, kalau pergi shopping mall semasa kenyang, kita akan kurang membeli belah.

Well, memang kita akan KURANG membeli, tapi tetaplah kita membeli. Adeh.

Dalam kedai buku tersebut, terbit nafsu nak membeli notebook. Padahal sudah ada banyak notebook!

photo232767522589485774

Belek2 notebook yang macam2 kaler di MPH, ternampak notebook plain hitam ini:

photo232767522589485769

Sebab ternampak: sebab dia satu-satunya warna hitam dalam banyak2 notebook colorful yang corak macam orang gila. Guna teknik KONTRA untuk dapatkan attention prospek. Bagus.

Bila dah ternampak mestilah diikuti dengan terpegang dan terbelek-belek. Masa belek-belek terbaca pulak ayat2 yang panjang yang ditampal di muka depan notebook ini:

photo232767522589485771

Notebook ni asalnya berbalut dengan plastik jernih, so tak nampak pun isi dalam dia. Saya personally prefer yang tiada garisan. Plain.

Tetapi, selepas baca tulisan panjang-panjang di atas tu notebook ini melekat di tangan saya. Sebabnya dia tulis begitu detail features dan SESUAI UNTUK APA, sedangkan notebook yang lain, sekadar tulis Saiz dan berapa helai page.

Saya suka notebook ini. Saya dapat membayangkan betapa ‘sedap’nya menconteng di atas kertasnya kelak. (Padahal belum pun buka plastiknya lagi ni, begitulah kuasa copywriting!).

Tiba-tiba saya sedar saya sudah ada di depan kaunter bayaran, dan adik kaunter telahpun scan barcode notebook tersebut.

Ya, saya terpaksa bayar. Nampaknya, hari ini saya tidak kebal. T___T

“Abang nak plastik?” Adik kaunter tu tanya.

“Nope. Thanks.”

Ambil buku tersebut, dan memang tabiat tangan kiri saya akan cuba selitkan benda yang dia pegang ke dalam kocek jeans belakang. Baru sedar yang notebook tersebut muat cantik dalam poket tersebut. BONUS, senang nak bawa ke mana-mana!

Dalam hati: “Today is my lucky day!”

Sampai kat ofis, koyak plastik pembalut, selak-selak helaian dalam dia dan tersenyum.

Yep, PLAIN!

Tengah selak-selak terjatuh sehelai kertas.

Dalam dia ada ‘cerita’ mengapa siri notebook ini dihasilkan. Ceritanya ringkas, tetapi memang buat jatuh cinta terus dengan notebook ini!

photo232767522589485770

That shows… betapa CERITA itu sangat berpengaruh.

Cerita atas ni belum tentu lagi cerita betul. Tapi saya tak kisah, sebab i was inspired.

Story memberi nilai tambah yang jelas dirasai, tapi tiada kos tambahan. Sangat awesome!

So, pengajaran tengah hari ini: Inject story dalam produk kita. Simple pun takpa. Cerita yang obvious pun takpa. Seelok-eloknya cerita betul. Boleh je cerita rekaan tapi biarlah beretika.

ps: Kudos to ilovemonologue.com <— kalau terasa nak beli lepas baca cerita saya, boleh browse di sini.

pps: Nampak tak permainan dia? :D

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab