Membina Budaya Syarikat

NOTABISNES

Semuanya bermula dengan soalan ringkas daripada seorang sahabat di dalam group telegram kami:

Screenshot from 2015-09-30 11:11:15

Dan berikut adalah perbincangan yang menuruti soalan tersebut. Saya cuba sintesis maklumat dasar yang akhirnya menjadi satu formula ringkas cara membina budaya syarikat kita.

Sambung baca:

Apakah maksud CULTURE dalam syarikat kita? 
Tuan Robot boleh jelaskan? 
Rasa mahu share topik ini pagi ini.
- Hasbul Ariff

CULTURE, ini topik yang masih samar-samar lagi. Tiada penjelasan saintifik, logik dan empirik. Tetapi, kalau tidak di tempa, sampai ke sudah ia tetap samar-samar. Jadi, jom kita bincangkan.

Pertama sekali, definisi CULTURE itu sendiri

CULTURE = BUDAYA

Budaya secara ringkasnya adalah ‘tatacara berurusan tidak rasmi, tetapi digunapakai dengan meluas’. Ada beberapa komponen dalam definisi tersebut:

  1. Tatacara berurusan
  2. Tidak Rasmi
  3. Digunapakai secara Meluas

‘Tatacara berurusan’ dalam konteks syarikat lebih kepada ‘perangai buat kerja’.

SOP adalah budaya atau SOP sebahagian dalam budaya?
- Muhammad Firdaus

SOP adalah perkara RASMI. Jadi, dalam definisi saya atas itu, ia bukan BUDAYA.

Definisi saya atas itu saya transliterate daripada definisi bahasa inggeris tentang budaya yang saya pegang: “Culture is unwritten rules of conduct”.

Ok, itu secara definisi. Rasanya definisi kita semua senang nak bersetuju. Yang buat kita sibuk berdebat tentang budaya adalah mekanisme dan impaknya.

Antara lain, soalan-soalan yang masih saya fikirkan adalah:

  1. Bagaimana budaya dibentuk?
  2. Bagaimana budaya disebarkan?
  3. Bagaimana bina budaya yang ‘self healing’?
  4. Apa implikasi kalau bisnes tidak budaya?
  5. Kalau tidak budaya boleh jadi besar tidak?
  6. Kalau boleh, maka, adakah budaya itu tidak penting?
  7. Kalau tidak boleh, maka, adakah budaya itu yang paling penting?

Case Study point 5: McD dan SAP …. dua dua billion dollar valuation, tapi tidak pernah cerita tentang budaya kerja. Sangat terkenal dengan SOP.

Case Study point 6: Starbucks dan Zappos … dua dua nak cecah billion dillar valuation, dan selalu bangga dengan budaya mereka.

Budaya dan SOP tidak berkait secara langsung.
SOP ini cara kerja.
Budaya ini perangai. Emotion drive most of the time. Spirit. Roh
- Cik Mal

Saya punya ‘pandangan’, sebenarnya, SOP VS Budaya ni adalah 2 face of the same coin …. benda sama tapi dari perspektif berbeza.

SOP adalah dari perspektif syarikat yang dibangunkan dengan assumption ‘semua manusia adalah bodoh, kalau tidak dijelaskan rules, depa akan melingkupkan kompeni ni.’

‘Budaya’ adalah dari perspektif syarikat yang dibangunkan dengan assumption ‘semua pekerja ni dah dewasa, dan boleh fikir sendiri dah mana satu yang baik dan mana satu yang menyusahkan semua orang.’

Trend zaman dahulu adalah trend industrial revolution, yang dibangunkan dengan assumption ‘human is stupid’. so, mereka membesar dengan SOP.

Trend sekarang adalah trend knowledge revolution, yang dicetuskan dengan assumption ‘human has big capacity to excel and doing good’. So, syarikat billionair baru banyak dibangunkan dengan Budaya.

Bolehkah kita definiskan budaya ini sebagai satu nilai dan praktis yang dipegang bersama oleh ahli pasukan dalam syarikat?
- Hasbul Arif

Budaya adalah praktis. Contohnya, Budaya Melayu adalah bersopan santun. Ini adalah perbuatan, praktis.

Nilai adalah ‘core’ atau ‘pusat’ kefahaman seseorang atau sesebuah syarikat.

Contoh Nilai – Budaya adalah:

Nilai Utama orang melayu adalah Rasa dan Sikap Hormat kepada semua perkara. Oleh yang demikian, Budaya orang Melayu berpusat kepada menghormati seperti bersopan santun, sentiasa senyum, bantu membantu dll.

Kita tidak boleh terapkan Nilai dengan cara percakapan. Kita hanya boleh terapkan Nilai dengan cara contoh teladan. Nilai yang telah diterap akan menimbulkan Budaya dengan sendirinya.

Ho yeah, dah berjaya menjawab point 1 & 2 !

Maka, dari mekanisme Nilai → Budaya di atas itu …. cara paling mudah untuk membina budaya syarikat adalah, memilih staff yang sama nilai yang kita mahu.

Apakah syarikat lokal yang punya culture yang bagus?
- Ali Imran

Ikutkan, agak tidak betul kalau kita nak bandingkan budaya satu syarikat dengan syarikat lain. Macam kita nak banding budaya bangsa melayu dengan bangsa lain.

Yang buat tidak bagus bukan budaya satu-satu syarikat itu, tapi clash of budaya syarikat dengan budaya pekerja. Itu yang buat tidak bagus.

Contoh mudah, budaya Bank adalah kerja Ofis… memang clash dengan budaya pekerja Creative yang mood datang waktu malam dan perlu ruang yang selesa untuk buat kerja.

Apabila kita rasakan budaya syarikat tertentu, itu maksudnya kita serasi dengan budaya syarikat tersebut. Itu sahaja.

Sebab itu masa temuduga, memang majikan cuba lihat kesesuaian skill kita, tapi kita perlu lihat kesesuaian budaya kerja mereka juga.

Interview is never a one-way communication

Kalau nak tahu, saya agak suka dengan budaya kerja Bank Pembangunan.
Di samping urusan bank seharian, budaya yang diterapkan ialah konsep 'corporate athlete'
Memang management nak semua pekerja terlibat aktif dalam sukan.
Dan company willing to spend lots of cash over it.
Setakat sponsor beg hypergear dan sandal teva, itu sebelah mata je
-Ali Imran

Saya ‘betul’kan sikit: NILAI yang diterapkan ialah ‘corporate athlete’, budaya yang timbul adalah ‘pekerja terlibat aktif dalam sukan’.

Cause (nilai) —-> Effect (budaya)

Ini saya punya pegangan sahaja, bukannya ambil daripada mana-mana rujukan. Hanya sintesis daripada maklumat-maklumat yang ada setidakat ini.

Oleh sebab budaya itu datang daripada nilai, maka pada fasa awal syarikat lebih baik fokus pada konsep ‘nilai’.

  1. Apakah nilai syarikat?
  2. Macamana nak kesan nilai syarikat?
  3. Macamana nak bangunkan nilai syarikat?
  4. Macamana nak terapkan nilai syarikat kepada staff?

Saya tidak suka perkataan ‘nilai’ dalam konteks perbincangan ni. Macam tidak tepat. Yes, i am picky about this stuff. Memang dasar penulis. T___T

Perkataan yang saya suka mahu guna pakai menggantikan ‘nilai’ adalah ‘kompas’ atau ‘arah tuju’. Itupun masih kurang tepat.

Lain masa kita kupas tentang ‘nilai’ pula. :)

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab