Memastikan Setiap Hari Kita Menulis

PENULISAN

Apabila kita menjadikan penulisan itu satu perkara yang mesti dilakukan setiap hari, menjadikan penulisan itu satu habit, maka akan ada satu hari di mana kita tidak boleh menulis sepertimana hari-hari yang biasa.

Biasanya kita menulis menggunakan laptop di atas meja yang selesa, ada harinya kita bercuti di tepi pantai tanpa boleh membawa laptop. Ada harinya kita seharian bekerja diluar yang menyukarkan kita menggunakan laptop.

Maka ketika itu adalah lebih baik kita sudah bersedia dengan alternatif penulisan yang lebih memudahkan.

Menulis sekarang lebih banyak menggunakan alat digital seperti laptop. Namun jangan kita lupa, menulis merupakan perkara paling asas dalam menggunakan kebanyakan barang digital.

Kita boleh menulis menggunakan smartphone, kita boleh juga menulis menggunakan tablet yang banyak dipasaran seperti Apple iPad dan juga Android.

Berikut adalah beberapa cara menggunakan alat digital tersebut untuk menulis:

  1. Gunakan sistem menulis email. Setiap alat digital sekarang mempunyai sistem email. Setiap sistem email mempunyai ruang untuk menulis yang boleh digunakan. Apabila siap menulis, hantarkan ke alamat email sendiri sebagai simpanan dan rujukan akan datang.
  2. Gunakan sistem nota. Setiap alat digital smartphone dan juga tablet mempunyai fungsi menulis nota yang boleh juga kita gunakan. Setiap penulisan menggunakan aplikasi nota akan disimpan secara automatik. Namun jika kita hilang alat digital tersebut, maka kita akan hilang juga nota-nota tersebut.
  3. Menggunakan aplikasi Facebook. Status facebook sekarang mampu menerima lebih daripada seribu patah perkataan sebagai status. Maka tulis menggunakan aplikasi Facebook dan kongsikan ia di wall kita sebagai simpanan pada masa akan datang.

Perlu diingat yang menulis cukup dengan berdikit-dikit. Mulakan dengan susunan isi pendahuluan diikuti dengan isi penting dan tutup dengan rumusan. Setelah ditulis isi tersebut barulah mula menulis apabila masa mengizinkan.

Ini membantu kita menulis dalam batch yang sedikit semasa dalam perjalanan atau melakukan kerja. Cuma pastikan setiap hari ia mencapai sasaran yang telah kita tetapkan iaitu 1000 patah perkataan.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab