Letak Duduk Value Bisnes Kita

NOTABISNES

Setiap bisnes atau syarikat biasanya terletak pada satu-satu peringkat value chain industri. Value chain pada peringkat industri juga dikenali sebagai Supply Chain. Mengapa? Sebab setiap bisnes dalam supply chain adalah supplier kepada bisnes lain di bawahnya.

Apabila bisnes kita berada pada satu-satu peringkat supply chain, bermaksud bisnes kita ada menghasilkan value yang pelanggan kita mahukan.

Value ini dicipta oleh bisnes kita dalam pelbagai bentuk. Value ini juga dicipta melalu pelbagai peringkat proses dalam bisnes kita.

Kita ambil contoh Kilang Twisties seperti sebelum ini. Value Chain bagi Kilang Twisties adalah seperti berikut:

Dapatkan (Sourcing) Bahan Mentah daripada Supplier -> Sediakan Bahan Mentah mengikut sukatan -> Proses Bahan Mentah Menggunakan peralatan memasak -> Hasil masakan (twisties mentah) di simpan dalam silo -> twisties mentah dibungkus mengikut pakejing -> bungkusan kecil twisties dibungkus dalam bungkusan borong -> bungkusan borong disimpan dalam gudang -> kaunter serahan menguruskan pembahagian kepada pemborong -> bahagian logistik menghantar tempahan kepada pemborong

Itulah Value Chain yang berlaku di kilang twisties. Dari contoh tersebut kita boleh simpulkan bahawa value yang kilang twisties tadi beri kepada industri adalah ‘Menukarkan Bahan Mentah menjadi Makanan Ringan’.

Value bagi kilang dan bisnes jenis production sangat jelas. Mari kita lihat pula contoh Value Chain bagi Pemborong. Biasanya bisnes jenis ‘orang tengah’ ini yang kita kurang jelas value yang mereka tambah dalam Supply Chain. Berikut adalah Value Chain bagi peringkat Pemborong Twisties:

Borong (Sourcing) Makan Ringan daripada 24 Kilang Makanan Ringan -> Simpan dalam gudang -> Kaunter serahan membahagikan semua makanan ringan tersebut mengikut wilayah peruncit yang menempah -> Pasukan logistik memuat naik semua makanan ringan ke dalam lori mengikut wilayah yang lori tersebut uruskan -> lori pemborong menghantar tempahan makanan ringan kepada peruncit.

Sekali imbas, kita hanya nampak yang Value Pemborong adalah pada ‘menghantar’ twisties tadi kepada peruncit. Maka, mengapa tidak sahaja semua peruncit pergi terus menempah daripada kilang twisties. Pastinya lebih murah harganya!

Perhatikan betul-betul proses pertama pemborong tadi: “Borong Makanan Ringan daripada 24 KILANG”. Itu baru jumlah kilang bagi makanan ringan. Agak-agak ada berapa pula kilang bagi semua jenis produk dalam kedai runcit? Purata SKU bagi kedai runcit kecil adalah 150 jenis. Maksudnya, jika kedai runcit tadi mahu terus beli dari kilang, mereka terpaksa berurusan dengan 150 kilang.

Malahan, setiap pembelian terus dari kilang perlu dibuat dalam kuantiti yang besar. Takkanlah kedai runcit tadi mahu beli 1000 unit makanan ringan daripada setiap 24 kilang tadi. Takkanlah kedai runcit yang kecil itu mampu memuatkan 24000 unit makanan ringan. Takkanlah kedai runcit itu mahu jual makan ringan semata-mata?

Maka dari situ barulah kita nampak Value pemborong, iaitu membeli produk pada bilangan unit yang besar, dan dijual semula pada unit yang kecil kepada peruncit. Kerana peruncit TIDAK BOLEH beli secara borong kesemua produk dalam kedai mereka.

Selalu semat dalam kepala kita apabila berfikir tentang ‘orang tengah’: “Setiap peringkat Value Chain, pasti ada Value yang mereka tambah. Jika tidak, pasti bisnes mereka sudah lama melingkup”.

Jika kita terbalikkan ayat tersebut: “Jika bisnes kita melingkup, itu tandanya bisnes kita tiada VALUE dalam Supply Chain”.

Maka ia mengundang soalan yang paling menghantui semua orang yang berbisnes: “Apakah Value Bisnes Aku pada Supply Chain?”

Ya, apa value yang bisnes tetuan berikan kepada industri?

notabisnes.net

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab