Lean Startup: Pengenalan

BISNES

Lean Startup adalah satu gerakan baru yang memfokuskan usaha membangunkan bisnes baru khusus dalam bidang yang inovatif.

Bidang yang dikatakan inovatif menurut lean startup adalah bidang yang belum di-define pasaran dan produknya. Ini bermaksud usaha membangunkan bisnes from scratch. Bermula dari kosong. Ini yang menjadi fokus Lean Startup.

Oleh kerana segala gerak kerja dan alat kerja Lean Startup memfokuskan pada keadaan yang tidak menentu, ia menjadi satu modus yang versatil. Alat kerja dan gerak kerja Lean Startup boleh juga digunakan ke atas bisnes yang sudah berjalan lancar, bisnes yang sedang terumbang-ambing dan juga bisnes yang sedang ingin dijual.

Ia adalah alat yang versatil!

Antara perkara-perkara penting yang perlu difahami tentang Lean Startup adalah:

1) GERAK KERJA “BUILT-MEASURE-LEARN”

Built-Measure-Learn adalah gerak kerja yang menjadi teras Lean Startup.

Oleh kerana Lean Startup bergerak dalam keadaan yang tidak tentu, maka setiap rancangan bisnes kita perlu diuji terlebih dahulu. Ia perlu diuji samada teori bisnes kita itu benar-benar boleh digunakan atau sekadar andaian yang tidak berasas.

Ujian inilah yang dipanggil kitaran Built-Measure-Learn

2) GERAK KERJA “PIVOT OR PERSEVERE”

Setelah kita menguji hipotesis bisnes kita, maka kita perlu membuat keputusan samada hipotesis tersebut mahu terus digunakan (Persevere) ataupun dibuang dan diganti dengan hipotesis lain (Pivot).

Ini adalah soalan yang paling sukar diputuskan oleh seseorang usahawan Lean Startup. Pivot or Persevere?

3) ALAT KERJA “LEAN CANVAS”

Lean Canvas adalah terbitan daripada Business Model Canvas. Ia adalah alat khusus untuk menangkap ‘snapshot’ kesemua sembilan bidang penting setiap bisnes. Ia memberi maklumat tanpa prejudis tentang formula bisnes kita.

Adakah formula bisnes kita sudah terbukti berkesan ataupun tidak?

4) ALAT KERJA “MINIMUM VIABLE PRODUCT (MVP)”

MVP adalah prototype produk atau tawaran nilai kita. Setiap hipotesis formula bisnes kita perlu diuji, dan ia biasanya memerlukan kita membina satu prototype yang memfokuskan kepada hipotesis yang ingin diuji.

Contohnya kita mahu menguji desain baju t-shirt yang diminati pelanggan dewasa dan cool. Kita tidak perlu mencetak baju tshirt tersebut. Cukup sekadar desain mockup desain t-shirt tersebut dan cetak poster dan cuba jual t-shirt tersebut melalui poster sahaja.

Fokus MVP adalah kos masa, tenaga dan harga yang serendah mungkin dan tidak kurang daripada itu.

Jika kita hanya boleh menguji hipotesis dengan memerlukan t-shirt yang siap dicetak, maka MVP kita adalah t-shirt yang siap dicetak.

5) ALAT KERJA “FIVE WHYS”

Five Whys dipopularkan oleh Toyota Management System. Ia digunakan untuk mencari punca kerosakan atau kegagalan sesuatu hipotesis.

Toyota menggunakannya setiap hari disetiap kilang mereka. Apabila terdapat kecacatan pada produk akhir, semua aktiviti perkilangan yang berkaitan akan dihentikan dan ketua jurutera akan bertanya soalan “kenapa ….” sebanyak lima kali.

Ia biasanya akan menyerlahkan bahawa setiap kesalahan teknikal adalah berpunca daripada kesilapan manusia. Dan setiap kesilapan manusia tersebut biasanya adalah berpunca daripada SOP yang masih belum lengkap.

Oleh itu langkah-langkah baru akan diperkenalkan dalam SOP untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.

Ia digunakan dalam gerak kerja Lean Startup untuk mengkaji mengapa hipotesis formula bisnes kita gagal. Ia khusus untuk mencari hipotesis baru yang boleh diuji bagi menggantikan hipotesis yang gagal.

Itulah secara ringkas perkara-perkara asas yang perlu difahami tentang Lean Startup.

Namun harus diingat bahawa Lean Startup bukanlah satu gerak kerja yang ajaib yang mampu membaiki segala kepincangan bisnes atau mampu menjamin bisnes kita berjaya.

Ia hanyalah alat saintifik yang telah membantu ramai orang dalam melicinkan proses membina produk baru untuk pasaran baru.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab