Fungsi Sebenar Belanja Bulanan

NOTADUIT

Eh, Belanja pun ada fungsinya?

Mestilah!

Setiap komponen dalam Formula Kewangan ada fungsinya yang tersendiri. Komponen-komponen tersebut ibarat tiang-tiang yang mendirikan sebuah rumah. Jika tiangnya kukuh maka kukuhlah rumah itu.

Jika salah-satu tiang tidak berfungsi maka rumah itu berisiko untuk runtuh.

Fungsi sebenar belanja bulanan adalah untuk memenuhi keperluan harian dan keperluan bulanan kita.

Setiap hari kita perlu menggunakan sejumlah wang untuk memudahkan aktiviti kita seharian.

Katakuncinya di sini adalah “memenuhi keperluan”. Belanja fungsinya untuk memenuhi keperluan.

Namun kebanyakan yang kita buat adalah “mengikut hawa nafsu”.

Keperluan kita sebenarnya boleh kita dapatkan dengan sejumlah wang yang kecil. Namun yang biasa berlaku adalah kita cuba memenuhi hawa nafsu khususnya nafsu ‘mahu lebih dari kawan aku’. Nafsu ego dan riak.

Kita perlu makan tengah hari, tetapi kita ikut nafsu makan nasi Arab.

Kita perlu kenderaan untuk pergi kerja, tetapi kita ikut nafsu beli kereta Mitsubishi Lancer.

Kita perlu rumah luas yang selesa, tetapi kita beli rumah di tengah-tengah bandar yang sempit.

Berbelanja ikut nafsu jauh lebih banyak keluar duit daripada berbelanja ikut keperluan. Membeli barang dengan mengikut ‘rasa hati’ akibatnya nanti hujung bulan kita marah-marah kerana pelik tidak tahu kemana duit gaji semua habis.

Ingat, fungsi sebenar belanja adalah memenuhi keperluan. Asalkan perkara yang kita beli itu sudah cukup memenuhi keperluan maka cukuplah. Tidak perlu berbelanja lebih mengikut nafsu.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab