Fungsi Bagi Setiap Jenis Syarikat

BISNES

Seperti yang kita tahu, ada 3 jenis syarikat iaitu Enterprise, PLT dan Sdn Bhd. Setiap jenis syarikat ini mempunyai karakteristik yang tersendiri.

Setiap satu jenis syarikat tersebut tidak sama dengan yang lain. Maka adalah salah bagi kita jika kita daftar syarikat kita tanpa tahu fungsi-fungsi bagi setiap jenis syarikat tadi.

Bak kata bijak pandai, Use the right tool for the right job.

Fungsi bagi setiap jenis syarikat adalah seperti berikut:

  1. Enterprise – Untuk mereka yang bekerja sendiri
  2. PLT – Untuk syarikat baru (startup)
  3. Sdn Bhd – Untuk syarikat yang mahu berkembang

Kita boleh lihat dengan jelas di sini mengapa kita selalu keliru tentang pensyarikatan. Jelas di situ yang Enterprise terpisah daripada PLT dan Sdn Bhd.

Enterprise untuk mereka yang tidak mahu berkembang. Hanya puas hati dengan bekerja sendiri. Ianya tidak salahpun jika kita mahu kekal kecil dan terus bekerja sendiri.

Itu yang kita panggil sebagai ‘Lifestyle Business’. Perniagaan yang wujud untuk memenuhi kehendak hati kita.

PLT bukanlah kesinambungan daripada Enterprise. Jika kita ada syarikat enterprise, ia bukan bermaksud kita boleh upgrade ia menjadi PLT, apatah lagi Sdn Bhd.

Biasanya dinasihatkan untuk kita daftar syarikat baru terus dan kekalkan enterprise itu sahaja (atau mungkin boleh tutup terus). Itu taktik yang biasa digunakan untuk ‘mengembangkan’ syarikat enterprise ke tahap seterusnya.

Jika kita lihat setiap elemen yang disediakan oleh setiap jenis syarikat, kita jadi mudah faham mengapa ianya sedemikian.

Syarikat jenis enterprise membolehkan kita menerima dan membuat pembayaran atas nama perniagaan. Ya, jika kita tidak berdaftar, secara undang-undangnya kita tidak boleh menerima dan membuat perniagaan atas nama perniagaan. Ianya salah dari sisi undang-undang.

Syarikat jenis PLT pula membolehkan kita buat perkara seperti enterprise, dan boleh juga mengagihkan pegangan saham dalam kalangan rakan kongsi. Namun ia tidak mewajibkan audit akaun seperti mana syarikat sdn bhd.

Mengapa begitu? Agar PLT mudah ‘bermain-main’ dengan pusingan wang yang lebih kompleks dalam mencari model bisnes yang debabom!

Namun, apabila mereka mahu berkembang dan perlu buat pinjaman bank, syarikat jenis PLT tidak diterima oleh bank. Mengapa? Kerana akaun mereka tidak diaudit!

Syarikat jenis Sdn Bhd pula membolehkan kita buat perkara seperti Enterprise, tetapi akaun perlu diaudit. Ini menyebabkan pemilik Sdn Bhd terpaksa memastikan mereka sudah sedia membuat duit dengan stabil dan hanya perlu fokus untuk berkembang.

Syarikat sdn bhd juga lebih mudah mendapat fasiliti pinjaman berbanding jenis syarikat yang lain. Pinjaman tersebut biasanya diperlukan untuk syarikat mengembangkan capaian pasaran dengan lebih pesat.

Itulah secara kasar fungsi-fungsi bagi setiap jenis syarikat.

Setelah kita tahu fungsi-fungsinya, janganlah kita tersilap mendaftarkan syarikat. Fikir dahulu apa tujuan kita mahu mendaftarkan syarikat.

Jika kita sekadar mahu ada akaun bank semasa untuk kerja-kerja sampingan kita, cukup sekadar mendaftarkan syarikat jenis enterprise.

Jika kita mahu memulakan syarikat yang akan membangunkan produk baru dalam pasaran baru dengan rakan-rakan kongsi, boleh fikir untuk buka PLT.

Jika kita sudah ada produk yang pasaran mahukan, dan sudah sedia dengan segala SOP, tetapi perlukan suntikan modal untuk berkembang, maka syarikat Sdn Bhd yang paling sesuai.


Semua ini adalah ilmu pensyarikatan yang penting kepada kita sebagai asas dan panduan arah tuju yang betul dalam membangunkan bisnes.

Semua ilmu-ilmu ini banyak dikongsi dalam DVD Rakaman Seminar Hal-Ehwal Syarikat. Penuh dengan pelbagai lagi ilmu-ilmu lain yang tidak kurang pentingnya kepada kita.

Antara lain, ia menjawab persoalan seperti:

  1. Bagaimana jadikan bank berani memberi fasiliti sebanyak jutaan ringgit kepada syarikat kita?
  2. Bagaimana menukarkan hutang tadi menjadi aset syarikat?
  3. Bagaimana mendaftarkan syarikat PLT dengan betul, agar selamat daripada permainan kotor pesaing?
  4. Bagaimana menaiktaraf syarikat PLT ke SDN BHD dengan licin?
  5. Bagaimana menguruskan akaun syarikat agar lebih seksi pada mata banker?
  6. Apakah tugas setiap Ahli Lembaga Pengarah yang sebenar?
  7. Apa strategi dan SOP agar setiap pengasingan tugas jadi mengembangkan syarikat?
  8. Bagaimana merangka dan menguruskan hampir 100 anak syarikat dan masih kekal waras, tidak gila?

Dan banyak lagi. Harapannya, dengan mengaplikasikan pengetahuan dan strategi daripada empat orang pakar bidang pensyarikatan ini (Ya, EMPAT ORANG termasuk Puan Ainon!) syarikat kita mampu mebayar wang zakat jutaan ringgit bagi membantu masyarakat.

Mohon sudikan diri jenguk-jenguk DVD tersebut di sini: http://j.mp/strategisyarikat

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab