eBook #NOTADUIT

PAGE

edisi-lengkap-cover-formula-kewangan Khas untuk tuan/puan yang tersepit. Yang penat, yang sesat. Yang berpeluh keringat berusaha. Yang tidak sesekali menyerah kalah.

Masyarakat boleh lihat tuan/puan, jeling tuan/puan, bantu ataupun keji tuan/puan.

Satu-satunya perkara yang masyarakat tidak boleh lakukan adalah buat-buat tidak nampak. Kerana akhirnya, yang berusahalah yang akan berjaya.

Mungkin tuan/puan perlu tersepit dahulu.

Bagaimana lagi caranya kita mampu mendongakkan kepala dan berserah kepada-Nya? Atau bangun dari bawah jika tidak pernah jatuh? Atau menjadi kental jika tidak pernah kalah?

Siri #notaduit ditulis untuk orang yang berusaha.

Dalam ketika ramai melihat mereka ini tersepit, saya lihat mereka ini berusaha. Kerana hanya mereka yang berusaha sahaja yang mampu mengubah nasib diri sendiri, dan menjadi inspirasi.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab