Connecting The Dots

UMUM

Steve Jobs cakap:

“You can’t connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future.”

stevejobscloseup

Dots di sini adalah perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Dalam kehidupan SJ (ya, saya panggil dia Es Jay… buddies forever~) mula dari mengarut di universiti, jumpa Steve Wozniak, push Woz buat Apple, bina Apple sampai jadi power, lepas tu kena tendang dari Apple, lepas tu Apple melingkup, lepas tu kena panggil balik kasi repair Apple, lepas Apple jadi power, lepas tu kena kanser.

Dan mati.

Semua dot-dot tersebut akhirnya membawa kepada satu destinasi. Apabila sampai di destinasi tersebut, bila kita lihat semula kebelakang baru kita nampak titik-titik tersebut semua bersambung menjadi satu peta perjalanan yang telah dilalui.

Kita hanya mampu merancang titik-titik mana yang kita mahu BUAT, tetapi, akhirnya destinasi yang kita sampai itu nanti tetaplah hasil daripada semua titik yang kita buat tadi.

Kita sampai ke destinasi kerana kita BUAT dan lalui titik-titik tersebut.

Jadi, jika kita memang obses mahu pergi ke satu-satu destinasi, maka rancanglah titik-titik yang perlu kita lawati.

Jika kita tiada arah tuju, well, layan sahaja semua titik yang sampai depan kita sampai siap.

Kerana akhir nanti kita tetap akan sampai ke satu destinasi, hasil perjalanan titik-titik yang telah kita siapkan.

Penting: kita kena SIAPkan titik tersebut. Kalau tak siap kita akan stuck di titik tersebut. Lebih malang: terpaksa bermula semula di titik lain dari zero.

Macamana mahu siapkan? Mudah: Fokus dan Konsisten.

Mudah cakap, payah nak buat.

Dah, jom fokus siapkan titik hari ini!

notahidup #acahdeep

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab