Cara Mula Menjual

NOTAJUAL

Kepada tetuan yang belum pernah menjual, ini adalah perbincangan level ‘common sense’ dan logik akal semata-mata yang akan memudahkan mindset tetuan untuk mula menjual.

Pertama sekali, kita biasanya akan tersangkut pada ‘nak jual banyak-banyak’ seperti yang biasa kita lihat orang post di FB dan instagram. Kemahuan tersebut tidak salah. Ianya normal. Tetapi kita harus sedar menjual 10000 unit dimulakan dengan menjual 10 unit produk dahulu.

Tidak ada bayi yang lahir-lahir terus boleh berlari. Mesti dimulakan dengan meniarap, merangkak, berjalan kemudian berlari.

Kemudian mereka mula memanjat sana-sini dan ada yang cuba melompat dari tempat tinggi. Memang itu fitrah manusia. Kita pun sama.

Jadi, kita perlu mulakan sepertimana orang normal mula menjual, iaitu: menjual 10 unit dahulu.

Mengapa 10 unit? kerana kita mahu dapat ‘feel’ menjual itu sendiri yang mana akhirnya akan buang rasa malu kita dalam menjual. Ya, kita ini MALU untuk menjual. Entah siapa yang ajar perkara itu saya pun tidak tahu. Seolah-olah satu dosa apabila kita menerima bayaran untuk sesuatu yang bernilai.

Berikut adalah ringkasan peringkat-peringkat jualan dan apa yang boleh dilakukan untuk mencapai peringkat tersebut:

RM 10 = Barang tak digunakan, jual online. Nak dapat feel / buang rasa malu

RM 100 = Skill menjual. Produk mahal kena ada skil untuk jual

RM 1000 = Jual RM 10 kat 10 orang setiap hari selama 10 hari

RM 10000 = Jual RM 10 kat 100 orang setiap hari selama 10 hari

RM 100000 = Jual RM 10 kat 1000 orang setiap hari selama 10 hari

Perasan tak satu perkara? Cara untuk kita capai RM100000 lebih kurang sama sahaja dengan RM1000. Bezanya hanya pada jumlah orang yang beli. Itulah Keajaiban Dunia Kelapan = Compounded Interest. Compound Interest = Scaling = Ulang jual. Semudah itu.

(Ya, cakap mudahlah, tetapi banyak cabarannya untuk sampai tahap itu. Saya pun belum sampai lagi)

Macamana Pakcik Nasi Lemak Boleh Beli Estima CASH

2012-toyota-estima-fl-005

Ini satu contoh kira-kira ‘bodo’ macamana seorang pakcik yang menjual nasi lemak mampu beli sebuah MPV Estima secara tunai dalam masa kurang 5 bulan berniaga.

Harga Estima terpakai = RM 80 000

Harga nasi lemak = RM 1.50

Untung nasi lemak = RM 0.50 <— lepas dah masuk kira overhead dan hidden kos lain ni

Target jualan nasi lemak = RM 80 000 / 0.5 = 160 000 bungkus

Banyak kan?

Sehari biasanya jual tepi jalan boleh pergi 200 bungkus.

160 000 / 200 = 800 hari

Bukak ‘Channel’. Sekarang = Jual Tepi Jalan kat 4 tempat, Plus Hantar 100 bungkus kat 5 kedai makan.

4 tempat = 200 x 4 = 800 bungkus

Kedai makan = 100 x 5 = 500 bungkus

Sehari sekarang 800 + 500 = 1300 bungkus

160 000 / 1300 = 1600/13 = 123 hari = 4.1 bulan.

Macamana saya tahu beliau mampu beli estima walaupun hanya jual nasi lemak? Sebab saya kenal pakcik tersebut 6 tahun lepas, semasa saya masih makan gaji di shah alam. :)

Mulalah menjual sekarang. Mula menjual barang kita yang terpakai kepada orang lain, dan berkembang daripada situ.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab