Build – Measure – Learn: Membangunkan Satu Kitaran Ekpsperimen B-M-L

BISNES

Fasa bermula sebuah bisnes harus fokus kepada membangunkan produk dan strategi membesar dan menguasai pasaran. Pembangunan strategi dan produk ini biasa dibina dengan tahap kepercayaan yang tinggi.

Contohnya “Jumlah anggaran pasaran ecommerce adalah 3.4 billion menjelang 2018, produk/pakej kita paling kurang akan sedut 1% daripada pasaran itu yang mana akan membawa pulang revenue sebanyak RM34 Juta.”

Ini adalah contoh yang biasa kita dengar. Terdapat 3 tahap kepercayaan yang sangat tidak kukuh dalam contoh tersebut iaitu:

  1. Fakta RM 3.4 bilion adalah fakta luar, bukan fakta dalaman organisasi.
  2. 1% daripada pasaran: belum tentu lagi!
  3. Belum tentu lagi kita mampu mencapai seluruh pasaran tersebut.

Maka setiap rancangan yang dibangunkan harus diikuti dengan ekperimen untuk mengesahkan kepercayaan yang menjadi tapak asas rancangan.

Mereka sebuah eksperimen bukanlah sesuatu yang sukar kerana ia adalah satu proses yang telah sedia ada. Perkara penting dalam melakukan ekperimen adalah:

  • Kenalpasti Hipotesis/kepercayaan yang ingin diuji. Itu adalah objektif eksperimen.
  • Kenalpasti elemen yang berkait dengan hipotesis.
  • Jalankan ekperimen dengan mengubahsuai elemen dengan semua kemungkinan yang ada.

Setiap perkara di atas haruslah spesifik, objektif dan dalam skop yang kecil. Kita tidak boleh melakukan eksperimen yang berkesan ke atas sesuatu yang sangat subjektif.

Contohnya:

  • Objektif (tidak bagus): Mendapatkan Pembeli Awal Poster Teknik Desain Poster.
  • Objektif (spesifik): Mendapatkan 10 orang pengguna awal Teknik Desain Poster.

Apabila kita tidak meletakkan sasaran khusus (10 orang), kita sukar memastikan keberkesanan eksperimen yang mengakibatkan eksperimen berjalan lebih lama daripada sepetutnya. Ini menyebabkan kos RM dan masa meningkat dan terbazir.

Contoh elemen yang berkait dengan hipotesis:

  • Kurang bagus: Pembeli suka produk yang mudah digunakan.
  • Bagus: Pengguna akan membeli jika Teknik Desain Poster di sampaikan dalam bentuk Slide Powerpoint, Mp3 dan Video Screencast.

Ramai antara kita yang suka menggunakan ‘produk yang mudah itulah produk yang dibeli’ tetapi tidak tahu apa yang dikatakan produk mudah itu. Penyakit, ‘i know it when i see it’ adalah perkara yang hanya disebut oleh follower dan pemalas, bukan seorang leader.

Elemen harus lebih spesifik daripada objektif. Hanya dengan elemen yang jelas barulah kita boleh mereka eksperimen yang berkesan.

Daripada elemen yang diberikan, barulah kita dapat membina rangkaian pembolehubah elemen yang boleh kita cuba:

  1. Slide: 1, Mp3: 0, Video: 0
  2. Slide: 0, Mp3: 1, Video: 0
  3. Slide: 0, Mp3: 0, Video: 0
  4. Slide: 1, Mp3: 1, Video: 0
  5. Slide: 0, Mp3: 1, Video: 1
  6. Slide: 1, Mp3: 0, Video: 1
  7. Slide: 1, Mp3: 1, Video: 1

Dengan pemboleh ubah sebegini, kita akan dapat mengkaji kombinasi elemen manakah yang diminati pasaran dan yang mana satu pula tidak diminati pasaran.

Maklumat ini amat berguna kerana kita tidak lagi meneka dalam membuat keputusan tetapi menggunakan maklumat dan data yang kukuh yang terbukti boleh dilakukan.

Bagaimana pula kita mahu membina pakej tersebut? Perlukah kita sedia mempunyai Slide Powerpoint, Mp3 dan Video screencast tersebut barulah kita jalankan eksperimen itu?

Tidak semestinya.

Apa yang ingin kita tahu adalah jumlah yang berminat untuk memiliki. Maka kita boleh sahaja membina satu poster atau minisite yang ‘menjual’ kombinasi elemen tersebut. Cuma apabila pengguna klik [beli sekarang] ia akan buka satu halaman khas yang menyatakan lebih kurang “produk sedang dalam pembangunan, daftar email untuk kami maklumkan apabila ia sudah sedia dimiliki”.

Semakin ramai yang mendaftar maka semakin terbukti kombinasi elemen yang berjaya.

Poster atau minisite yang kita bangunkan itulah dipanggil MVP atau Minimum Viable Produk. Produk paling ringkas untuk kita mengukur elemen eksperimen kita.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab