Bagaimana Mengesan Pelanggan ‘Lapar’

NOTABISNES

Lihat pada petunjuk-petunjuk berikut:

  1. Mereka runsing dan kusut masai memikirkan masalah mereka
  2. Masalah mereka biasanya sangat spesifik
  3. Mereka nampak dan berkelakuan seperti sedang terdesak
  4. Mereka pernah tertipu
  5. Mereka selalu bercakap tentang masalah mereka
  6. Mereka sedang sakit hati menggunakan produk yang kurang berkesan

Bagaimana mahu cari petunjuk-petunjuk di atas?

TANYA!

Buka mulut dan cuba tanya soalan-soalan seperti:

  1. Eh, kau nampak macam ada masalah, apa dia?
  2. Apa masalah yang tetuan sangat runsing sekarang? Mari saya tolong fikirkan!
  3. Apa perkara yang paling serabut akan berlaku kalau tetuan tak bertindak sekarang?

Daripada soalan-soalan seperti di atas, kita akan mula nampak kebuluran mereka setelah beberapa belas orang kita tanya.

Dari situ barulah kita boleh sedar dan faham siapakah sebenarnya sasaran kita yang sedang kebulur.

Kemudian barulah kita cari produk yang sesuai dan cuba jual kepada mereka!

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab