5 Kekurangan BMC Yang Paling Besar

NOTABISNES

Bukan semuanya power tentang BMC ini. Hasil saya dan rakan-rakan usahawan lain guna BMC selama ini, kita dapati BMC ada 5 kelemahan utama.

Ianya jelas dan nyata apabila kita cuba guna BMC di luar konteks ciptaan BMC tadi (startup – teknologi/IT).

5 kekurangan tersebut adalah:

1) Tidak Lengkap

Ya, BMC sebenarnya tidak lengkap. Masih ada bahagian-bahagian yang kita terlepas pandang apabila mengisi kotak-kotak BMC ini.

Ia jadi lebih parah apabila bisnes kita merupakan bisnes yang tidak pernah lagi dibuat orang. Pastinya kita tidak mampu memikirkan dengan lengkap apakah proses-proses yang sepatutnya ada.

2) Terlalu Umum

BMC yang tidak lengkap adalah kerana ianya terlalu umum. BMC cuba menjadi sesuatu yang sesuai dengan SEMUA jenis bisnes akibatnya ia tidak sesuai untuk apa-apa bisnes sekalipun.

Jack of all trade, master of none.

Oleh yang demikian, jika tujuan kita adalah untuk mendapatkan gambaran awal tentang bisnes kita, BMC memang sesuai.

Jika kita mahukan alat yang betul-betul fit dengan bisnes kita, BMC tersebut harus ditambah/diubahsuai.

3) Terlalu ringkas

Ya, 9 kotak BMC itu secara asasnya adalah terlalu ringkas untuk menggambarkan bisnes kita dengan betul-betul terperinci.

Ia tidaklah salah, kerana memang bukan tujuan BMC untuk penerangan terperinci. Masalah timbul apabila ada antara kita yang mula-mula menggunakan BMC, tetapi lama-lama sudah ‘grow out’ daripadanya.

Bisnes kita telah berkembang sehinggakan BMC tidak lagi mampu menggambarkan dengan tepat bisnes kita tadi.

4) Tidak cukup ‘memaksa’ validasi

Well, tujuan BMC adalah sebagai peta bisnes kita. Namun, apa yang berlaku adalah kita suka-suka sahaja meletak anggapan kita dalam kotak-kotak BMC.

Selepas tulis, kita pun rasa seronok dan puas hati. Kita tidak rasa terpaksa untuk memastikan semua anggapan-anggapan kita itu kita perlu sahkan.

Jika kita benar-benar mahu jalankan bisnes sepertimana yang kita tulis dalam BMC, kerja pertama setelah siap menulis adalah mengesahkan semua perkara yang kita tulis.

Di sinilah baru bermula kerja-kerja kita yang sebenar.

5) Bahasa yang pelik

Masalah utama yang kita hadapi semasa menggunakan BMC buat pertama kali adalah bahasa yang pelik. Maksud saya, kita tidak faham apa tujuan setiap kotak tadi.

Well, saya berpegang kepada ‘alat yang bagus adalah alat yang mudah difahami dan mudah digunakan’. Jika kita tidak faham maksud kotak-kotak tersebut berdasarkan tajuk-nya, maka kita jadi sukar mahu gunakan BMC.


Itulah 5 perkara yang kita tahu adalah perkara-perkara yang menyukarkan kita menggunakan BMC dengan betul. Ianya adalah hasil pengalaman menggunakan BMC dan juga perkongsian pengalaman rakan-rakan lain.

Seterusnya kita akan lihat pula 3 kotak BMC yang paling bermasalah, khususnya kepada mereka yang baru mahu mula menggunakan BMC.

notabisnes.net

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab