20 Panduan Kilat BMC

NOTABISNES

Kenapa ‘kilat’? Sebab ini adalah panduan super pendek, ringkas dan ‘direct to the point’ yang pernah saya tulis tentang BMC. Jadi, jom kita layan:

  1. BMC ada 9 kotak iaitu kotak Customer Segment, Relationship, Delivery Channels, Value Proposition, Revenue Streams, Key Activities, Key Resources, Key Partners, dan Cost Structure.

  2. Dalam bahasa melayu, kotak-kotak tersebut adalah: Segmen Pelanggan, Hubungan, Laluan Penghantaran, Nilai Cadangan, Aliran Pendapatan, Aktiviti Penting, Sumber Penting, Rakan Kongsi Penting dan Struktur Kos.

  3. Pun masih susah nak faham. Maka ini adalah bahasa melayu yang saya sendiri guna untuk kotak-kotak tersebut: Pasaran Sasaran, Skrip dan Panduan Komunikasi, Lokasi Pembelian, Nilai Yang Produk Beri, Pendapatan-pendapatan Bisnes, Aktiviti Penting, Sumber Utama, Rakan Kongsi Utama, Kos-kos yang terlibat.

  4. Mulakan BMC mengikut sususan seperti di atas. Ianya memudahkan kita. Malah, memang itupun yang dicadangkan oleh pencipta asal.

  5. Bagaimana jika kita sudah ada produk? Mulakan dengan kotak Value Proposition lebih mudah.

  6. Soalan paling penting: mengapa tak kaji pasaran dahulu sebelum putuskan produk yang mahu dijual? Itu kerja gila. Cari produk untuk dijual jauh lebih mudah daripada cari pasaran yang sesuai dengan produk.

  7. Isikan semua kotak sampai penuh. Dah penuh? Bagus, sekarang masa untuk validate pula. Jangan seronok sangat. Masih belum siap lagi.

  8. Maksudnya, BMC yang kita buat tadi itu AKAN BERUBAH.

  9. BMC ini ibarat dashboard kereta kita, yang ada meter kelajuan enjin, kelajuan kereta dan lain-lain lagi tu. Kalau bisnes tiada BMC ibarat kereta tiada meter. Masih boleh jalan tetapi kita sukar buat keputusan. Kalau hanya ada BMC? Itu ibarat kita hanya usung dashboard sahaja. Stereng tiada, enjin entah ke mana. Tiada berguna.

  10. Macam meter kereta juga, perincian BMC akan berubah-ubah. Tidak pernah statik.

  11. Perincian BMC akan berubah-ubah kerana kita telah sahkan perincian tadi. Contohnya kita tulis di ruangan Customer Segmen yang kita ada akses kepada perempuan suri rumah sekitar lembah klang. Tapi bila kita cuba hantar sms, surat dan sebagainya, baru tahu adalah mustahil untuk cecah mereka. Akibatnya, kita tukar Customer Segment menjadi Perempuan Suri Rumah sekitar Keramat.

  12. Itulah sebabnya penting mengikut susunan yang diberikan. Ini kerana, susunan tersebut adalah mengikut prioriti impak yang paling besar kepada yang paling kecil. Contohnya, apabila market segment berubah, hampir keseluruhan kotak akan berubah. Tak semestinya, tetapi kemungkinan besar.

  13. BMC bukan alat magik, yang mana bila kita ada BMC kita yakin bisnes kita akan berjaya. Belum tentu. Perjalanan masih panjang.

  14. Jangan pula ketagih BMC. Ya, memang ada penyakit ketagih BMC, sepertimana ada juga penyakit ketagih CPS (Cost Per Sale -> sayalah tu). Yang paling penting adalah KERJAKAN kotak-kotak BMC tadi, bukannya setakat ‘penuhkan’ sahaja.

  15. Satu kotak yang ramai orang pening adalah kotak Value Proposition. Ada banyak mazhab tentang kotak tersebut. Tips saya: pergi study satu per satu dan hanya guna yang mana yang logik pada pandangan tetuan. Tiada yang paling tepat untuk semua orang. Lain orang lain VP yang sesuai. Hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

  16. Kalau ada kotak yang tak tahu? Ini paling bagus. Ada 2 sahaja jalan: 1) Tanya customer atau 2) Kosongkan dahulu.

  17. Cara paling mudah dan cepat nak validate? Tanya customer. Biasanya customer ada jawapan kepada semua kotak-kotak bisnes kita.

  18. BMC juga boleh digunakan untuk study competitor. Cuba buat BMC untuk competitor kita. Kita akan jelas nampak permainan mereka.

  19. Kita boleh juga jadikan BMC competitor kita sebagai batu loncatan untuk BMC kita. Ya, meniru dalam bisnes adalah amalan yang bagus. Cuma jangan sampai melanggar undang-undang dan menyusahkan orang lain sudah.

  20. Tanda-tanda BMC yang sudah ‘siap’ sempurna adalah bisnes kita bergerak lancar dan making money. Sebab itulah, jangan cakap ‘BMC saya sudah siap!’ …. macam kelakar bunyinya bagi mereka yang tahu tentang BMC. :D

ps: Kalau ada yang tanya saya apakah tips paling penting di sini, saya akan jawap: TANYA CUSTOMER. Fikirkan. :)

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab