11 Sebab Mengapa Perlu Guna BMC

NOTABISNES

1) Nampak peta bisnes

Sebab utama mengapa kita perlu guna BMC adalah setiap bisnes perlu ada peta bisnes. Peta bisnes inilah yang membantu kita mengenal pasti rupa bentuk industri kita.

Tanpa peta bisnes kita ibarat cuba kejar destinasi tanpa tengok peta. Entah bila akan sampai. Itupun jika kita tidak kemalangan atau sesatlah.

BMC adalah peta bisnes yang paling awesome yang kita boleh ada. Mengapa awesome? Baca selanjutnya —->

2) Susun strategi

Apabila kita ada peta, barulah kita boleh susun strategi bisnes kita. Kerana dengan adanya peta, barulah kita boleh menganggar semua perkara-perkara tentang bisnes kita.

Sudah tahu jumlah pembeli keseluruhan, siapa jerung-jerung dalam pasaran dan apa pula produk-produk mereka, dan banyak lagi.

Dengan maklumat sebegitu semua strategi yang kita susun akan lebih terjamin hasilnya.

Jika kita buat strategi tanpa ada maklumat lengkap, well, itu bukan strategi, itu namanya ego diri sendiri.

3) Tiada lubang perangkap

Apabila kita menggunakan BMC, jika nampak jelas lubang-lubang yang lompong dalam bisnes kita. Lepas nampak, bolehlah kita tampal lubang tersebut agar bisnes kita tidak berlubang di sana-sini.

Bisnes yang lompong pada bahagian penting bukan sahaja susah nak buat untung, malah biasanya tidak boleh bergerak pun!

Maka, jika bisnes kita seperti tidak boleh bergerak, kita boleh gunakan BMC untuk mengesan lompong dan menampalnya.

4) Tidak mahu tertinggal perkara penting

Oleh kerana sifat BMC yang telah menyediakan kotak-kotak yang penting kepada bisnes kita, maka, dengan menggunakan BMC kita tidak akan tertinggal perkara-perkara asas dalam bisnes kita.

Dengan demikian, bisnes kita boleh berkembang tanpa banyak masalah.

Ya, tetap akan ada masalah, tetapi ianya bukanlah masalah ‘sistemik’ yang sangat sukar dibetulkan. Mungkin hanya sekadar masalah teknikal yang jauh lebih mudah diselesaikan.

5) Sistematik

BMC juga menjadikan pemikiran kita ke atas bisnes yang kita jalankan lebih sistematik.

Mungkin saya patut kata ‘sangat’ sistematik. Ya, begitu sekali kesannya. Lebih-lebih lagi kepada usahawan yang selama ini buat kerja main redah sahaja.

Dengan menggunakan BMC, kita yang selama ini buat bisnes main redah sahaja akan mula memandang bisnes kita sebagai satu sistem yang mudah diubahsuai agar masalah bisnes selesai.

Ya, masalah bisnes kita selama ini jauh lebih mudah dikesan, sekaligus diselesaikan dengan menggunakan BMC.

6) Titik perbincangan dalam syarikat

Satu kelebihan yang hanya kita nampak setelah semua orang penting dalam bisnes kita sama-sama menggunakan BMC adalah ia memudahkan perbincangan tentang bisnes.

Semua orang berbincang sambil merujuk titik yang sama: paparan BMC. Oleh yang demikian, tiada isu mis-communication yang sangat biasa berlaku kepada organisasi bisnes yang mula membesar.

Dengan adanya BMC juga, kita lebih mudah melatih staf baru supaya nampak keseluruhan operasi bisnes kita. Dengan pengetahuan tersebut, mereka mampu buat kerja jauh lebih baik daripada sebelum ini.

7) Cara paling mudah

Well, BMC adalah cara paling mudah untuk perkara-perkara di atas. Alternatif lain adalah: buat Business Plan.

I choose BMC thank you.

8) Cara paling murah

Sebenarnya, bab-bab harga ni ‘its depends’. Kos BMC biasanya adalah kos kita ‘belajar’ guna BMC. Sekali itu sahajalah.

Seterusnya tiada bayaran lagi. Hanya sekadar kertas kosong dan pen, dan sedikit masa.

Jika nak dibandingkan dengan pilihan lain: upah konsultan siapkan BMC…. well, i choose buat sendiri.

Bukan apa, sebagai usahawan yang baru bermula, buat sendiri adalah pilihan terbaik. Kita boleh faham bisnes kita dan kita boleh jimat duit modal kita yang ciput itu.

Awesome!

9) Hasil Kajian Terperinci

BMC adalah hasil buah fikiran dan usaha bertahun-tahun Tuan Alexander Osterwalder dan ‎Yves Pigneur. Beliau adalah seorang usahawan bersiri (macam pembunuh bersiri, tapi tidaklah sekejam itu) yang telah banyak membina dan menjual bisnes yang beliau bina.

BMC adalah Hasil daripada pengalaman-pengalaman beliau membangunkan banyak bisnes. Teknik BMC ini juga telah beliau ajar dan perbaiki hasil feedback daripada ramai usahawan lain yang telah beliau bantu.

Jadi, ini bukan teori picisan. Ianya adalah hasil pengalaman dan kajian.

10) Ramai founder lain yang guna

Ya, sangat ramai usahawan lain yang turut menggunakan BMC dalam bisnes mereka. Pada saya, ini adalah point bonus yang sangat menarik.

Dengan ini, kita boleh jadikan “Saya juga guna BMC” untuk membina hubungan dengan usahawan lain. Kita boleh bertukar-tukar tips bukan sahaja tentang BMC, malah mungkin ianya melarat jadi satu kerjasama baru pula.

Siapa yang tahu?!

11) Banyak software bantuan

Oleh kerana BMC ini dicipta dan sangat popular dalam industri IT, maka mereka-mereka ini masing-masing telah mencipta dan berkongsi software BMC secara online.

Malah, banyak yang percuma!

Mudah-ringkas-percuma. Itu gabungan yang kita sebagai usahawan sangat terliur!


Itulah 11 Sebab utama mengapa kita perlu guna BMC sebagai alat bantu bisnes kita.

Namun, setiap perkara dalam dunia ini ada Pro n Cons nya. Post seterusnya saya akan kongsi tentang 5 kekurangan terbesar BMC.

Jumpa lagi!

notabisnes.net

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab