Beza Orang Pandai VS Orang Biasa

UMUM

Apa yang membezakan orang yang pandai dengan mereka yang biasa-biasa?

Apa sikap yang orang pandai selalu buat tetapi tidak yang biasa-biasa?

Apa perkara yang menjadi simbol orang bijak pandai?

Memilih Perkara Untuk Dibincang

Kita biasa dengar ayat ini: “Orang bodoh sembang tentang orang lain, orang biasa sembang tentang peristiwa, orang pandai sembang tentang idea”

Orang yang ‘pandai’ ialah mereka yang memilih untuk bersembang tentang idea. ‘Idea’ di sini bukanlah terhad kepada perkara idea itu sendiri tetapi adalah metafora kepada perkara yang lebih mendasar: perkara yang menambah nilai dan membuka potensi.

Idea adalah simbol kepada sesuatu yang boleh dilakukan yang akan menambah nilai diri mereka yang membincangkannya.

Bergosip tentang orang lain tidak akan menambah nilai diri.

Berbincang tentang peristiwa mungkin tambah, mungkin juga tidak.

Tetapi brainstorm dan explore sesuatu idea mampu membuka jalan kepada sesuatu yang lebih konkrit untuk dilaksanakan, lalu menjadi sebab untuk nilai diri kita bertambah.

Satu lagi perkara yang kita tidak perasan orang yang pandai juga pilih adalah: memilih untuk TIDAK bergosip dan TIDAK bersembang tentang perkara yang tidak bernilai.

Apabila sekeliling mereka bergosip, mengumpat atau mengutuk, maka mereka lebih kepada senyum, sengih atau berdiam diri buat hal sendiri.

Apabila sekeliling mereka berbincang tentang idea, barula mereka ‘join the conversation’.

PILIH, itu yang kita semua mampu buat.

Tahan diri daripada bergosip dan mengumpat, ini kita semua boleh berlatih sedikit demi sedikit.

Artikel Lain
   

Hakcipta Terpelihara © 2017 Izwan Wahab